Photobucket

Permainan Matematik Yang Menyeronokkan

Cabar diri anda atau cabar rakan-rakan anda untuk menjadi yang terbaik dalam permainan ini. Siapa yang mendapat markah yang paling tinggi , dia akan menjadi pemenang

Photobucket

Video Matematik Tingkatan 1

Pelajar kini boleh menonton video untuk matematik khususnya bagi pelajar tingkatan satu bagi menambahkan lagi pengetahuan anda dalam subjek ini . Anda juga boleh pergi terus ke website mereka www.ittv.com.my untuk menonton lebih banyak video bagi subjek-subjek lain.

Photobucket

Sertai Facebook dan Twitter Kami

Mari sertai kami di Facebook dan Twitter untuk mendapatkan update yang terkini dari kami.

Showing posts with label Bab 1. Show all posts
Showing posts with label Bab 1. Show all posts

Saturday, 8 December 2012

Bab 1.4 Operasi gabungan (Combined operation)

1.4 Operasi gabungan (Combined operation)



Pengiraan yang melibatkan kombinasi penambahan dan pengurangan (Addition and subtraction)

Nilaikan
334 + 729 - 507
334 + 729 - 507 = 1 063 - 507
= 556

2 435 - 342 + 250
2 435 - 342 + 250 = 2 093 + 250
= 2 343


Pengiraan yang melibatkan kombinasi pendaraban dan pembahagian (Multiplication and division)

Nilaikan
72 x 50 ÷ 18
72 x 50 ÷ 18 = 3 600 ÷ 18
= 200

567 ÷ 7 x 3
567 ÷ 7 x 3 = 81 x 3
= 243

Pengiraan yang melibatkan kombinasi + , - , x dan ÷
Kira
16 x 9 + 55 ÷ 11
Lakukan operasi x dan ÷ dahulu
16 x 9 + 55 ÷ 11 = 144 + 5
= 149

136 ÷ 8 x 4 - 23
Lakukan operasi ÷ dan x dahulu, dari kiri ke kanan
136 ÷ 8 x 4 - 23 = 17 x 4 - 23
= 68 - 23
= 45


Pengiraan yang melibatkan kombinasi

Dapatkan nilai setiap yang berikut.

272 ÷ (40 - 8 x 3) + 57
Lakukan pendaraban dahulu diikuti dengan pengurangan, di dalam kurungan.
272 ÷ (40 - 24) + 57 = 272 ÷ 16 + 57
Lakukan pembahagian dahulu diikuti dengan penambahan
= 17 + 57
= 74

(7 x 9 + 5)(10 - 21 ÷ 7)
Lakukan pendaraban dan pembahagian dahulu
= (63 + 5)(10 - 3)
Kemudian lakukan penambahan dan pengurangan
= (68)(7)
= 476


Penyelesaian masalah melibatkan operasi gabungan

Pak Ali menjualkan tanahnya pada harga RM473 000. Setelah dia menyimpan RM95 000 di bank, Pak Ali berhasrat untuk mengagih baki wang tersebut kepada 8 orang anaknya secara sama-rata. Dapatkan jumlah wang yang akan diterima oleh setiap anaknya.

Jwb:
Jumlah wang yang akan diterima oleh setiap anaknya
= RM(473 000 - 95 000) ÷ 8
= RM378 000 ÷ 8
= RM47 250

Bab 1.3 Pendaraban & Pembahagian

1.3 Pendaraban & Pembahagian

Pendaraban (multiplication) adalah proses mencari produk terdiri daripada dua atau lebih nombor. Simbol bagi pendaraban adalah 'x' dan dibaca sebagai 'darab' (multiply).

Pembahagian (division) adalah proses mencari hasil bahagi suatu nombor dengan nombor lain yang mana bukan sifar. Simbol bagi pembahagian adalah '÷' dan dibaca sebagai 'bahagi' (divide).

Mendarabkan dua nombor

347 x 24

347 x 24 = 8 328


826 x 415

826 x 415 = 342 790

Contoh:
Satu rim kertas bersaiz A4 mengandungi 485 helai. Sebuah pusat fotokopi menggunakan 36 rim kertas bersaiz A4 sehari. Kira jumlah helai kertas bersaiz A4 yang digunakan dalam sehari oleh pusat fotokopi tersebut.
Jwb:

Jumlah helai kertas bersaiz A4 yang digunakan dalam sehari oleh pusat fotokopi tersebut adalah 17 460 helai.

video asas pendaraban.

Membahagikan nombor bulat dengan nombor bulat yang lebih kecil

534 ÷ 3

Hasil bahagi 534 ÷ 3 adalah 178.


5 649 ÷ 21

Hasil bahagi 5 649 ÷ 21 adalah 269.


4 533 ÷ 8

Hasil bahagi 4 533 ÷ 8 = 566 berbaki 5.

Contoh:
Sebuah badan bukan kerajaan ingin mengagihkan bantuan 525 buah basikal kepada 7 buah sekolah terpilih dalam daerah Alor Gajah. Jika basikal tersebut diagihkan sama-rata untuk setiap sekolah, berapa buah basikal yang akan diterima oleh setiap sekolah?
Jwb:
525 ÷ 7

Jumlah basikal yang akan diterima oleh setiap sekolah = 525 ÷ 7 = 75 buah basikal.

***

Hasil bahagi sebarang nombor yang dibahagi dengan sifar (zero) adalah tidak dapat ditakrifkan.
Contoh: 7 ÷ 0 adalah tidak dapat ditakrifkan.

Hasil bahagi apabila sifar dibahagikan dengan sebarang nombor (kecuali sifar) ialah sifar.
Contoh: 0 ÷ 7 = 0.

Bab 1.2 Penambahan & Penolakan

1.2 Penambahan & Penolakan

Penambahan (addition) adalah proses penjumlahan dua nombor atau lebih. Simbol bagi penambahan adalah '+' dan dibaca sebagai 'tambah' (plus).


Pengurangan / penolakan (subtraction) adalah proses mencari perbezaan atau baki (hasil tolakan dua nombor). Simbol bagi pengurangan / penolakan adalah '-' dan dibaca sebagai 'tolak' (minus).



Penambahan nombor bulat

Cari nilai setiap yang berikut

3 909 + 8 527


3 909 + 8 527 = 12 436


26 483 + 9 758 + 865

26 483 + 9 758 + 865 = 37 106

Contoh:
Kampung A, B dan C mempunyai populasi penduduk 9 452, 13 337 dan 5 087. 
Kira jumlah populasi penduduk untuk tiga kampung tersebut.

Jwb:

Jumlah populasi penduduk untuk kampung A, B dan C adalah 27 876.


Penolakan nombor bulat
Cari nilai setiap yang berikut
47 391 - 851

47 391 - 851 = 46 540


238 472 - 79 586

238 472 - 79 586 = 158 886

Contoh:
Pada hari pertama pelancaran kereta jenama CAR, pengedar menerima tempahan 7 122 dan 5 908 unit untuk setiap model automatik dan manual. Cari perbezaan antara bilangan kereta jenama CAR model automatik dan model manual yang ditempah pada hari tersebut.
Jwb:


Perbezaan antara bilangan kereta jenama CAR model automatik dan model manual yang ditempah pada hari tersebut adalah sebanyak 1 214 unit.

Bab 1.1 Nombor Bulat

1.1 Nombor Bulat

Nombor 0, 1, 2, 3, ..., 50 ..., 8614, ... yang digunakan dalam proses pengiraan dipanggil 'nombor bulat' (whole numbers).


Nombor bulat terdiri daripada angka 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 yang boleh ditulis dalam perkataan atau angka.

Nombor 1, 2, 3, 4, ... dipanggil nombor tabii / asli (natural numbers). Set tiga titik dibelakang nombor-nombor tersebut menunjukkan bahawa corak terus-menerusnya yang juga dipanggil elipsis (ellipsis).

Setiap angka nombor bulat mewakili nilai tertentu mengikut kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut. Sebagai contoh, nilai bagi setiap angka dalam nombor 4,128,925 adalah seperti berikut;

Juta - angka 4
Ratus ribu - angka 1
Puluh ribu - angka 2
Ribu - angka 8
Ratus - angka 9
Puluh -angka 2
Unit - angka 5

Nilai bagi setiap angka dalam nombor boleh ditunjukkan dengan menggunakan jadual. Kedudukan angka dalam sesuatu nombor menunjukkan nilainya.





Menghitung nombor bulat

  • Hitung dalam gandaan sepuluh dari 20 hingga 50 
          (Jwb: 20, 30, 40, 50)

  • Hitung dalam gandaan dua dari 4 hingga 20 
          (Jwb: 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20)

  • Hitung dalam pengurangan lima dari 30 hingga 10 
          (Jwb: 30, 25, 20, 15, 10)

  • Hitung dalam pengurangan seratus dari 1100 hingga 500 
         (Jwb: 1100, 1000, 900, 800, 700, 600, 500)


Menulis nombor bulat dalam perkataan.

1 020 (Jwb: Seribu dua puluh)
19 503 (Jwb: Sembilan belas ribu lima ratus tiga)
634 202 (Jwb: Enam ratus tiga puluh empat ribu dua ratus dua)
1 007 032 (Jwb: Satu juta tujuh ribu tiga puluh dua)


Menulis nombor bulat dalam bentuk angka

Lima ratus tiga puluh empat (Jwb: 534)
Dua belas ribu tujuh puluh (Jwb: 12 070)
Lima ratus dua puluh empat ribu, dua ratus empat puluh dua (Jwb: 524 242)
Dua puluh satu juta, tujuh ribu empat puluh lapan (Jwb: 21 007 048)

Mengenal pasti nilai tempat

24 763

2 - puluh ribu
4 - ribu
7 - ratus
6 - puluh
3 - unit

374 125

3 - ratus ribu
7 - puluh ribu
4 - ribu
1 - ratus
2 - puluh
5 - unit


Mengenal pasti nilai angka dalam nombor bulat
Kenal pasti nilai angka 6 dalam nombor 36 052
Jwb: Nilai tempat angka 6 adalah ribu. Oleh itu nilai angka 6 adalah 6000.

Kenal pasti nilai angka 7 dalam nombor 472 351
Jwb: Nilai tempat angka 7 adalah puluh ribu. Oleh itu nilai angka 7 adalah 70 000.
Nombor bulat boleh di'bundarkan' (rounded off) kepada nilai tempat tertentu mengikut ketepatan yang diperlukan.

Kaedah untuk pembundaran (rounding off) nombor bulat kepada nilai tempat yang diberi adalah seperti berikut;

Cari angka di sebelah kanan nilai tempat yang diberi.
Jika angka ini adalah kurang dari 5, biarkan angka pada nilai tempat tersebut tidak berubah.
Jika angka ini adalah 5 atau lebih, maka tambahkan 1 pada angka dalam nilai tempat yang diberi dan gantikan setiap angka di sebelah kanan dengan 0.


Pembundaran nombor bulat

Bundarkan 37 268 yang nilai yang terhampir

Ribu

Nilai tempat yang diberi, ribu = 7.
Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 2 (2<5 ).
Biarkan angka 7 tidak berubah dan gantikan kesemua angka di sebelah kanan angka 7 dengan 0.Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai ribu yang terhampir adalah 37 000.


Puluh ribu

Nilai tempat yang diberi, puluh ribu = 3.
Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 7 (7>5).
Tambahkan 1 pada angka 3 dan gantikan kesemua angka di sebelah kanan angka 3 dengan 0.Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai puluh ribu yang terhampir adalah 40 000.

Video pembundaran nombor bulat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...