Saturday 8 December 2012

Bab 2.1 Pola Nombor dan Urutannya

2.1 Pola Nombor dan Urutannya

Nombor-nombor yang disusun dalam corak tertentu dikenali sebagai urutan (sequence).

Corak urutan nombor (number sequence) boleh ditentukan dengan menambah, menolak, mendarab atau membahagikan 'nombor dalam urutan yang sebelumnya', dengan bilangan/nombor-nombor tertentu.


Urutan Fibonacci (Fibonacci Sequence)

Ahli matematik telah mengkaji corak selama berabad-abad. Corak nombor 1, 1, 2, 3, 5, 8, ...dipanggil urutan Fibonacci.

Urutan ini bermula dengan 1, 1 dan setiap selepas sebutan (term) yang kedua, diperolehi dengan menambah dua sebutan (term) sebelumnya yang terdapat dalam urutan.



Menggambarkan corak/pola urutan nombor

Gambarkan corak setiap urutan nombor berikut:

5, 12, 19, 26, ...
Jwb:

Corak urutan nombor 5, 12, 19, 26, ... diperolehi dengan menambah (adding) 7 pada nombor sebelumnya (nombor dalam urutan).


1, 4, 16, 64, ...
Jwb:

Corak urutan nombor 1, 4, 16, 64, ... diperolehi dengan mendarabkan (multiplying) nombor dalam urutan sebelumnya dengan 4.


40, 35, 30, 25, ...
Jwb:


Corak urutan nombor 40, 35, 30, 25, ... diperolehi dengan menolakkan (subtracting) 5 dari nombor sebelumnya (nombor dalam urutan).


144, 72, 36, 18, ...
Jwb:

Corak urutan nombor 144, 72, 36, 18, ... diperolehi dengan membahagikan (dividing) nombor dalam urutan sebelumnya dengan 2.


10 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...